My Add

Monday 6 February 2012

Tabung Haji tingkat pemantauan sistem data

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Februari, 2012: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mempertingkatkan pemantauan terhadap sistem pangkalan datanya dalam usaha memastikan kegiatan 'haji ekspres' tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara tersebut berlaku bukan sahaja disebabkan orang menggodam sistem pangkalan data, tetapi turut melibatkan orang yang tahu untuk masuk ke dalam sistem itu.

''Kadang-kadang ada orang yang tahu serta faham teknologi maklumat (IT) telah masuk dalam sistem pangkalan data dan sebab itu kita akan tingkatkan pemantauan.

''Justeru, nasihat saya ikutlah peraturan dan giliran bila pergi haji kerana mendapatkan haji mabrur itu paling penting," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Cinta Masjid TV AlHijrah di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, semalam.

Beliau mengulas laporan eksklusif Utusan Malaysia Sabtu lalu, berhubung sindiket melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipercayai beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran untuk menunaikan ibadat haji.

Turut hadir Pengerusi AlHijrah, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bukhari Che Muda.

Tambah Jamil Khir, segala tindakan telah pun diambil terhadap mereka yang terlibat.

''Isu ini bukan perkara baru. Kita sentiasa mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang bersalah," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment