My Add

Thursday 2 February 2012

Tak cukup berundur, Hadi mesti perbetul akidah pengikut Pas

KOTA BHARU, KHAMIS, 02 Februari, 2012: Bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyambut baik kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau bagaimanapun menegaskan, Abdul Hadi bertanggungjawab untuk membetulkan kembali akidah pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO.

Jelas Mohd.Noor, ramai pengikut Pas masih berpegang kepada amanat tersebut yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

“Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini , semalam.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan Presiden Pas itu yang menyatakan kesediaannya untuk tidak bertanding pada PRU-13 bagi memberi peluang kepada golongan pelapis.

Pada 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan amanat tersebut yang dibuat oleh Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kuala Terenggau pada 1981, sebagai bertentangan dengan Islam.

Mengulas lanjut, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, beliau masih ingat apabila turut terlibat dalam gerakan merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan disebabkan beriktikad kepada Amanat Hadi itu.

“Saya sendiri terlibat sebab itu saya tahu. Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali berlaku kerana mereka menganggap menentang UMNO adalah jihad dan mati syahid. Merek beriktikad orang UMNO kafir dan keluar Pas murtad. Sebab itu, gelaran ‘ustaz murtad’ sangat popular dan diberikan kepada golongan ustaz yang keluar daripada Pas,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment