My Add

Friday 24 February 2012

TM cadang pembayaran semula modal 30 sen sesaham

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Telekom Malaysia Bhd. (TM) mencadangkan pembayaran semula modal kepada pemegang sahamnya iaitu kira-kira RM1.073 bilion atau 30 sen sesaham.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkata, cadangan pembayaran semula modal itu akan dibiayai menerusi baki tunai sedia adanya iaitu RM4.213 bilion pada 31 Disember, 2011.

TM berkata, bersama-sama dengan dividen akhir satu tier untuk tahun kewangan 2011 iaitu 9.8 sen sesaham, jumlah agihan tunai kepada pemegang saham akan berjumlah RM1.423 bilion, atau 39.8 sen sesaham.

TM juga bercadang membuat pindaan kepada Memorandum dan Artikel Persatuannya bagi memudahkan cadangan pembayaran semula modal berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment