My Add

Thursday 23 February 2012

Tunggu keputusan peguam negara untuk ekstradisi warga Iran

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Pihak berkuasa Thailand perlu menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara untuk mengekstradisi seorang warga Iran, Masoud Sedaghat Zadeh ke negara itu, yang ditahan di sini kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa siri pengeboman di Bangkok minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan pihak berkuasa Thailand akan diteliti oleh pihak Peguam Negara daripada aspek undang-undang sama ada proses ekstradisi boleh dilaksanakan.

"Selepas keputusan itu dibuat pihak Jabatan Peguam Negara akan memaklumkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan selanjutnya kerana Masoud ditahan di bawah Akta Imigresen,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment