My Add

Thursday 23 February 2012

Pelajar UPSI protes kekejaman rejim Zionis

DATUK Paduka Dr. Junaidy Abu Bakar (tiga dari kiri) bersama-sama pelajar UPSI di Tanjung Malim melancarkan kempen mengumpul tandatangan bagi memprotes kekejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Oleh BORHAN ABU SAMAH

TANJUNG MALIM, RABU, 22 Februari, 2012: Perasaan marah dan protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestine turut disuarakan oleh para pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Satu gerakan mengumpul tandatangan oleh pelajar-pelajar penyokong "We Love UPSI" telah dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor UPSI, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar di perkarangan UPSI hari ini.

Gerakan pelajar bertujuan menjalankan kempen menyedarkan masyarakat kampus seperti mengedarkan gambar-gambar dan menyampaikan pidato tentang kekejaman rejim Zionis terhadap Palestine.

Para pelajar juga mengutuk keras mana-mana pihak yang cuba melindungi dan menyokong perjuangan zionis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment