My Add

Wednesday 22 February 2012

Veteran polis kesal segelintir ahli politik agungkan komunis

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Generasi Malaysia sekarang dan akan datang perlu mempelajari bagaimanapun negara mencapai kejayaannya hingga ke tahap hari ini, kata bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Yuen Yet Leng.

Sekalipun wujud perbezaan ketara di kalangan rakyat, mereka masih mampu bersatu untuk berjaya dalam perang menentang pengganas komunis yang cuba merampas kuasa politik negara pada masa lampau, kata beliau.

"Sekalipun selepas bersara, saya terus memainkan peranan menentukan bahawa kerajaan yang wujud, tidak kira apa parti politiknya, terus mentadbir negara dengan adil demi memenuhi keperluan semua kaum,” kata beliau.

Namun, Yuen melahirkan rasa kesal kerana ada ahli politik yang membuat kenyataan yang meracuni fikiran rakyat berhubung kegiatan pengganas komunis.

Terutama percubaan memaparkan seseorang itu sebagai wira, sedangkan pasukan keselamatan negara terpaksa berjuang selama empat dekad dan ada anggota yang terkorban demi kewibawaan dan kemerdekaan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment