My Add

Wednesday 22 February 2012

MAHB panggil tender kedua bagi 39 premis komersial KLIA2

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengadakan taklimat kedua tender bagi 39 lot KLIA2 membabitkan kategori runcit, makanan dan minuman (F&B) serta perkhidmatan, masing-masing pada 29 Februari dan 6 Mac, di Hotel Pan Pacific KLIA.

Dokumen tender boleh dibeli dari 29 Februari hingga 27 Mac manakala tarikh akhir penyerahan dokumen untuk lot terbabit ialah 3.00 petang, pada 3 April.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Faizah Khairuddin berkata, pemegang konsesi bagi 225 lot di KLIA2 akan diumumkan pada Julai tahun ini.

"Semuanya perlu disiapkan untuk operasi menjelang April 2013,” katanya kepada pemberita selepas taklimat di sini hari ini.

Beliau berkata, taklimat tender itu akan dijalankan menerusi tiga fasa, termasuk fasa pertama yang melibatkan 27 premis.

KLIA2 mempunyai ruang runcit seluas 35,200 meter persegi untuk ditawarkan.

Faizah berkata, keluasan komersial di KLIA2 adalah lebih besar berbanding di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment