My Add

Wednesday 22 February 2012

Visa: NGO saran pelajar asing letak ‘deposit jaminan’

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) menyarankan agar kerajaan mengenakan ”deposit jaminan” kepada warga asing yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Malaysia.

Presiden Pencegah, Jeevan S. Ramamurthy berkata, kaedah itu boleh digunakan sebagai langkah dalam membantu membanteras salah guna visa ketibaan dan pas sosial.

Beliau berkata, tindakan yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing merupakan langkah yang baik kerana dalam masa yang sama dapat membantu membanteras gejala sosial dan penglibatan jenayah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment