My Add

Tuesday 21 February 2012

Yingluck diberi sambutan rasmi


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihadiahkan cenderahati oleh Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ketika menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya itu di Putrajaya hari ini. Ia adalah lawatan kali pertama ke Malaysia Yingluck selepas memegang jawatan perdana menteri pada Ogos 2011. - Foto Bernama

PUTRAJAYA, , ISNIN, 20, Februari, 2012: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Ketibaan Yingluck disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta Menteri Kabinet lain.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara kemudian dimainkan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. 

Perdana Menteri Thailand itu kemudian diperkenalkan kepada ketua perwakilan asing, Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan. 

Kedua-dua pemimpin itu kemudian mengadakan pertemuan tertutup diikuti dengan sidang media bersama. 

Ini adalah lawatan kali pertama Yingluck ke Malaysia selepas memegang jawatan itu pada Ogos 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment