My Add

Monday, 23 June 2014

Pulau Pinang tidak halang tazkirah antara solat tarawih

GEORGE TOWN, ISNIN 23 Jun, 2014: Kerajaan Pulau Pinang tidak menghalang penganjuran tazkirah antara waktu solat tarawih sempena Ramadan ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau bagaimanapun menasihati pentadbiran masjid supaya bijak menyusun program takzirah supaya tidak mengganggu kelancaran ibadah tarawih dan pada masa sama dapat menyemarak budaya menuntut ilmu dalam kalangan umat Islam.

"Terpulang kepada pengurusan masjid untuk mengadakan tazkirah selepas lapan rakaat solat tarawih atau selepas 20 rakaat, tetapi pengisian tazkirah perlu dirancang dengan baik supaya keselesaan jemaah tidak terganggu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Malik mengumumkan pelantikan Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebagai Mufti Pulau Pinang yang baharu menggantikan Datuk Seri Hassan Ahmad berkuatkuasa 7 Jun.

Wan Salim, 70, yang berasal dari Jitra Kedah dan lulusan Universiti Al-Azhar Mesir dan University of Edinburgh United Kingdom sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Hassan yang telah berkhidmat sebagai mufti selama 16 tahun sejak 1997 akan dilantik menjadi Ahli Majis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. -- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment