My Add

Monday 23 June 2014

Operasi SAR bot karam diperluas di sepanjang hutan paya bakau

KUALA LANGAT, ISNIN 23 Jun, 2014: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam di perairan Sungai Air Hitam di sini, hari ini diperluaskan ke kawasan sepanjang pesisiran hutan paya bakau.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, lokasi pencarian itu diperluaskan kerana kemungkinan terdapat mangsa yang lemas dan dibawa arus sehingga ke kawasan itu.

"Kita menjangkakan mangsa-mangsa mungkin lemas dan dia dibawa arus ke pantai, bukan sahaja operasi di pantai tapi operasi di kawasan-kawasan bakau, itu yang kadang kala ambil masa lama sikit," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika membuat tinjauan pusat gerakan SAR di Jeti Kampung Kelanang dalam operasi hari ini, Othman berkata, pihaknya menggerakkan tujuh buah bot dalam kawasan yang meliputi lima zon.

Pada kejadian 18 Jun lepas, bot yang membawa 97 penumpang karam di perairan Sungai Air Hitam pada awal pagi.

Mangsa yang selamat seramai 63 orang, 14 maut manakala 20 masih hilang.

Sehari selepas kejadian itu, satu lagi kejadian bot karam berlaku di perairan Sepang yang membawa 27 penumpang. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment