My Add

Monday 23 June 2014

Masalah 'girl friend' mungkin punca ahli PKR bergaduh - Johari

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

PETALING JAYA, ISNIN 23 Jun, 2014: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyalahkan pihak yang dilabelkan sebagai 'alergi peti undi' sebagai punca kekecohan terbaru pemilihan parti itu sehingga menyaksikan beberapa ahlinya cedera akibat terbabit dalam pergaduhan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul dalam alasan terbarunya berkata, kelompok tersebut langsung tidak boleh tengok peti undi sehingga ada cubaan untuk membakarnya tetapi berjaya dihalang.

Pada masa yang sama, walaupun mengakui berlaku kekecohan pada pemilihan semula terutama di cabang Kota Raja, beliau cuba berdolak-dalik apabila menyifatkan pergaduhan yang berlaku mungkin bukan disebabkan pemilihan parti.

"Pasal yang bertumbuk ini, kita pun tak tahu. Mungkin antara mereka ini ada masalah 'girl friends' (teman wanita) sebelum ini dan bila berjumpa bergaduh," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Sebelum ini, Johari memberi alasan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR ada kaitan dengan ‘hooliganisme’ (perbuatan samseng) berdasarkan corak pergaduhan hampir sama di semua cabang yang bermasalah. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment