My Add

Tuesday 24 June 2014

Pekerja Indonesia kirim RM3 juta wang setahun

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

 * JAILANI Johari (dua dari kiri ), bersama Herman Prayitno (dua dari kanan) saling bersalaman sebagai tanda simbolik perasmian Perkhidmatan Kiriman Wang Ekspres Antarabangsa disaksikan oleh Iskandar Mizal Mahmood (kiri) dan Budi Setiawan (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL
KUALA LUMPUR, ISNIN 23 Jun, 2014: Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang berjumlah 2.5 juta di Malaysia menjadi penyumbang terbesar kiriman wang ke luar negara dengan mencatat jumlah sebanyak AS$2.5 juta (RM8.05 juta) atau 33.7 peratus bagi tahun 2013.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, bagi tahun lalu sahaja TKI mengirim wang sebanyak RM3 juta atau lebih 1 trilion Rupiah ke kampung halaman masing-masing dan jumlah itu meningkat tujuh peratus setiap tahun.

Katanya, secara keseluruhan TKI menghantar wang ke luar negara berjumlah AS$7.4 juta (RM23.82 juta) pada tahun lalu meningkat 7.2 peratus berbanding 2012.

"Dengan adanya peningkatan penghasilan setiap tahun, nilai kiriman wang ini akan terus bertambah pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran International Express Money Order (IEMO) di sni hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Direktur Utama PT Pos Indonesia, Budi Setiawan.

IEMO merupakan kerjasama antara Pos Malaysia dan Pos Indonesia bagi membolehkan pekerja Indonesia di negara ini mengirim wang dengan saluran yang betul, pantas dan selamat.

Perkhidmatan itu boleh didapati di semua rangkaian Pos Malaysia dan 4,000 Pos Indonesia dengan kiriman wang maksimum RM2,000 setiap hari bergantung kepada nilai tukaran mata wang asing. Jumlah had kiriman itu dijangka meningkat AS$2,000 (RM6,400) setiap hari.

Sementara itu, menurut Budi, pihaknya mengunjurkan sebanyak lima peratus daripada keseluruhan TKI yang berdaftar di Malaysia menggunakan perkhidmatan itu.

"Angka itu dijangka meningkat berdasarkan ciri-ciri keselamatan yang disertakan bersama perkhidmatan ini," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment