My Add

Tuesday 24 June 2014

Guan Eng didesak beri penjelasan

 Lim Guan Eng, Teng Chang Yeow
KUALA LUMPUR, ISNIN 23 Jun, 2014: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima negeri itu merosot teruk iaitu daripada RM10.451 bilion pada 2010 kepada hanya RM1.794 bilion tahun lalu.

Sebuah portal berita, The Mole, yang melaporkan terkejut dengan pendedahan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menyifatkan, jika benar sebagaimana dilaporkan, kemerosotan hampir 90 peratus itu adalah suatu angka yang membimbangkan.

"Guan Eng perlu menjelaskan perkara ini. Tiada apa yang perlu disembunyikan jika benar dakwaan Chang Yeow bahawa kepemimpinan pembangkang di bawah Guan Eng gagal menarik pelabur asing untuk melabur di Pulau Pinang," lapor The Mole sebagaimana dipetik hari ini.

Chang Yeow dalam sidang akhbarnya di Pejabat Gerakan Pulau Pinang mencabar Guan Eng menunjukkan keberanian dengan mengakui pentadbirannya telah menyebabkan kemerosotan ketara FDI yang selama ini menjadi kekuatan ekonomi negeri itu.

Malah beliau mendakwa, Guan Eng cuba menyembunyikan kebenaran sebenar keadaan ekonomi Pulau Pinang berbanding semasa era pentadbiran Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang disifatkan lebih telus.

Dalam pada itu, The Mole menjelaskan, Pulau Pinang bukan seperti Kelantan kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan asas yang kukuh antaranya mewujudkan zon perdagangan bebas pertama di negara ini, di Bayan Lepas pada tahun 1972.

"Jika dakwaan itu benar, Guan Eng perlu melihat semula pendekatan pentadbiran beliau," tambah portal itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment