My Add

Tuesday 24 June 2014

PKR dakwa girl friend mungkin punca bertumbuk semasa pemilihan?

PETALING JAYA, ISNIN 23 Jun, 2014: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus berdolak-dalik dengan mencipta pelbagai alasan tidak munasabah bagi menutup kelemahan parti itu yang menyaksikan beberapa siri kekecohan pada pemilihan semula di beberapa cabang yang berlangsung kelmarin dan semalam.

Paling menjengkelkan adalah apabila Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul memberikan alasan masalah teman wanita mungkin menjadi punca pergaduhan di cabang Kota Raja semalam sehingga menyebabkan beberapa ahli parti cedera.

"Pukul orang semua itu, kita tak boleh cakap kerana pemilihan. Kadang-kadang bergaduh kerana girl friend (teman wanita), jadi bila jumpa di sini, pukullah. Kita pun tak tahu tapi mungkin tiada kaitan langsung dengan pemilihan," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Semalam, dua ahli PKR cabang Kota Raja cedera selepas terlibat dalam pergaduhan semasa proses pengundian semula berlangsung pada pukul 4.15 petang kerana wujud dakwaan salah seorang pengundi cuba mensabotaj pemilihan dengan merosakkan peti undi.

Sehari sebelum itu, ahli PKR cabang Setiawangsa, Zainol Arif Jamaludin, 46, terpaksa menerima 20 jahitan di kepala selepas cedera parah dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan kerusi sebaik proses pemilihan semula PKR cabang Kuala Langat selesai.

Mengulas mengenai insiden kekecohan terbaru itu, Johari kemudian memberi alasan dengan berkata, pihak yang ‘alergi peti undi’ dipercayai menjadi punca kepada tercetusnya kekecoh-an di cabang Kuala Langat dan Kota Raja sehingga menyebabkan kecederaan.

Beliau berkata, kelompok tersebut langsung tidak boleh ‘lihat’ peti undi sehingga ada cubaan membakarnya pada proses pemilihan semula minggu lalu tetapi berjaya dihalang dan jelasnya, golongan sama juga dikesan bertindak menendang peti undi sebelum ini.

"Proses berjalan dengan baik, cuma ada sedikit kekecohan. Kita sedang buat siasatan sekiranya benar bukan anggota PKR, kita akan serahkan kepada polis. Kalau anggota kita, kita akan ambil tindakan dan lembaga disiplin parti sedang siasat," katanya. - UTUSAN  

No comments:

Post a Comment