My Add

Tuesday 24 June 2014

Tak guna untuk komen - Pakiam

PUTRAJAYA, ISNIN 23 Jun, 2014: "No use (tak guna)(untuk komen)."

Itu reaksi yang diberikan oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam ketika diminta memberi komen terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Pakiam sebaliknya terus meninggalkan mahkamah bersama-sama seorang lagi paderi sambil berkata "No" (tidak) kepada media yang terus berusaha mendapatkan kenyataan daripadanya.

Paderi tersebut memberi reaksi demikian ketika diminta memberi komen terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kebenaran merayu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan versi bahasa Melayu.

Sementara itu, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew memberitahu pemberita, beliau amat kecewa dengan keputusan yang disifatkan sebagai menindas golongan minoriti.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan akan akur dengan penghakiman tersebut.

Peguam S. Selvarajah yang mewakili Gereja Roman Katolik pula memberitahu, masih terdapat peluang untuk membuat semakan namun tertakluk kepada alasan-alasan yang terhad.

"Bagaimanapun, amat jarang untuk semakan seumpama itu berjaya. Kami akan mempertimbangkan kemungkinan untuk memfailkan semakan selepas menerima alasan penuh penghakiman," katanya. -  UTUSAN 

No comments:

Post a Comment