My Add

Monday 23 June 2014

Perbicaraan kes bunuh pegawai JAIP Oktober
KUANTAN, ISNIN 23 Jun, 2014: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagimembicarakan serentak kes ketua pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat, isteri dan empat pengikutnya atas tuduhan membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek, November tahun lalu.

Selepas mendengar permohonan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan perbicaraan kes tersebut akan bermula dari 27 hingga 31 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment