My Add

Monday 23 June 2014

Institut al-Quran Kedah disaran bantu lahir huffaz profesional

ALOR SETAR, ISNIN 23 Jun, 2014: Institut Al-Quran Negeri Kedah disaran menjalin kerjasama dengan pusat-pusat pengajian awam di negara ini bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional yang terdiri daripada huffaz (penghafal Al-Quran).

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kerjasama itu melibatkan penerimaan pelajar institut itu untuk menyambung pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perakaunan.

"Perkara ini boleh dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa subjek teras seperti fizik, matematik tambahan, perakaunan, bahasa Inggeris dan sebagainya yang kemudiannya boleh dipindah kredit bila menyambung pengajian di peringkat ijazah.

"Saya dimaklumkan kini Institut Al-Quran Negeri Kedah sedang berkerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang pengajian kenegaraan," katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Graduan Maahad Tahfiz Al-Quran di Seri Mentaloon di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment