My Add

Tuesday 24 June 2014

Mahfodz nafi wujud gerakan ‘Projek Langgar Hadi’

MAHFODZ Mohamad
KUALA LUMPUR, ISNIN 23 Jun, 2014: Dewan Ulama Pas hari ini menafikan wujudnya satu gerakan menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Pilihan Raya Umum Ke12 (PRU12) seperti yang didedahkan kepemimpinan parti itu sendiri semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, jika benar wujud gerakan sedemikian yang dinamakan ‘Projek Langgar Hadi’, Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim yang membuat dakwaan itu sepatutnya menggunakan saluran betul tanpa membuat tuduhan sembarangan menerusi media.

Tegas beliau, tuduhan seumpama itu amat serius dan perlu dibuktikan dengan seadiladilnya kerana boleh melagalagakan sesama ahli sendiri sehingga mengundang perpecahan dalam parti.

"Saya tidak tahu apaapa (berhubung gerakan itu). Kalau benar berlaku, Dewan Ulama tidak akan berdiam diri sekali gus mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat.

"Oleh itu, saya minta Syarhan Humaizi membuktikan perkara itu kalau betul berlaku dan dibawa kepada pihak bertanggungjawab untuk disiasat, jika tidak ada bukti kukuh, maka beliau perlu berhenti menyebar kenyataan itu kerana boleh membawa perpecahan kepada parti," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Syarhan Humaizi semalam mendedahkan kepada media berhubung satu usaha menghidupkan semula ‘Projek Langgar Hadi’ yang didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen Pas Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal propembangkang.

Beliau mendakwa, kumpulan tersebut menggunakan portal berita propembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Abdul Hadi kononnya peranan Presi­den Pas itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal disingkirkan oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu, Mahfodz yang juga ahli Majlis Syura Pas memberitahu, setiap ahli perlu bertanggungjawab di atas setiap maklumat yang diperoleh dan mereka perlu membuat penyiasatan terperinci sebelum mendedahkan kepada umum.

Jelas beliau, jawatankuasa tatatertib boleh mengambil tindakan sewajarnya ke atas manamana pihak yang mahu menjatuhkan kepemimpinan sedia ada menerusi aduan yang dibuat oleh setiap ahli parti.

"Kita ada salurannya (membuat aduan) melalui jawatankuasa tatatertib. Saya juga sebagai ahli Majlis Syura, jika ada kes dibicarakan dan ada pihak tidak puas hati boleh kemukakan rayuan kepada majlis ini.

"Jadi, semua ahli perlu berhatihati dalam membuat kenyataan sembarangan, dia perlu bertanggungjawab dan dibuktikan dengan bersungguhsungguh, jangan buat khabar angin kerana itu boleh me­nimbulkan fitnah," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment