My Add

Monday 23 June 2014

Rosmah terima kunjungan isteri Presiden Tajikistan

PUTRAJAYA, ISNIN 23 Jun, 2014: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima kunjungan isteri Presiden Republik Tajikistan, Azizahmoh Rahmon di Seri Perdana di sini hari ini.

Turut hadir ialah isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, Datin Helena Egit Emang dan Datin Norashikin Abdul Ghani iaitu isteri Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Kemudiannya Rosmah dan Azizahmoh menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azizahmoh mengiringi suaminya yang sedang melakukan lawatan negara selama empat hari di Malaysia. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment