My Add

Tuesday 24 June 2014

Pemimpin Pas ugut letak jawatan?

SHAH ALAM, ISNIN 23 Jun -, 2014: Pemimpin Pas yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini dikatakan mahu meletak jawatan beramai-ramai dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan kepe-mimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut sumber parti itu, tindakan tersebut akan dibuat kerana difahamkan Abdul Khalid dikatakan tidak mengambil perhatian serius terhadap ru-ngutan mereka selama ini yang meminta agar pembangunan infrastruktur dan pemberian bantuan kepada rakyat disegerakan mengikut keperluan di kawasan masing-masing.

Rungutan itu menurut sumber berkenaan, bukanlah satu perkara baharu memandangkan para Pengerusi JKKK daripada parti itu telah membangkitkan permasalahan tersebut untuk perhatian kerajaan negeri sejak penggal lalu.

"Kita telah usulkan masalah ini pada penggal lalu. Bagaimanapun, kerajaan negeri mahu kami bersabar selain memberikan alasan bahawa penggal lalu adalah penggal pertama pakatan pembangkang mentadbir Selangor.

"Bagaimanapun, apabila masuk penggal baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pakatan kekal mentadbir negeri ini namun tiada juga tindakan dilakukan. Bagaimana dengan keadaan kami yang terpaksa berhadapan dengan rakyat setiap hari, apa kami nak jawab," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam masa sama, sumber itu turut menjelaskan, kesemua Pengerusi JKKK daripada Pas di negeri ini turut berhadapan dengan tekanan kewangan walaupun mereka difahamkan menerima hanya RM800 sebulan daripada kerajaan negeri sebagai elaun. - UTUSAN  

No comments:

Post a Comment