My Add

Wednesday 1 February 2012

PATI: UPKO sokong tubuh suruhanjaya

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Februari, 2012: Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Pendatang Haram di Sabah akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada masa terdekat.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, perkara tersebut merupakan beberapa isu yang telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, UPKO secara berterusan telah membawa cadangan mewujudkan suruhanjaya itu dan ia turut disokong parti komponen BN Sabah yang lain.

"Ya, kita bincangkan beberapa perkara termasuk Suruhanjaya Siasatan Diraja dan ia telah kita cadangkan pada satu tempoh yang agak lama," katanya di sini, semalam. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment