My Add

Thursday 23 February 2012

1Care perlu ambil kira kepentingan jangka panjang rakyat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan pentingnya skim penjagaan kesihatan 1Care yang bakal dilaksanakan di Malaysia tidak lama lagi mengambil kira kepentingan semua rakyat untuk tempoh jangka panjang.

Presidennya, Dr. Mary Suma Cardosa berkata, persatuan itu akan memantau perkembangan skim 1Care dari semasa ke semasa dan minta Kementerian Kesihatan mendengar suara hati rakyat serta apa jua kebimbangan yang timbul berhubung pelaksanaan skim 1Care itu.

Beliau berkata demikian dalam temubual program “Dalam Radar” terbitan Bernama Radio24 berhubung kontroversi skim penjagaan kesihatan 1Care terutama mengenai ura-ura bahawa 10 peratus daripada pendapatan bulanan rakyat akan disalurkan untuk menjayakan skim berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment