My Add

Thursday 23 February 2012

Tiada asas untuk tindakan undang-undang, kata Lynas

MELBOURNE, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Lynas Corporation berkata, tiada asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kilang pemproses nadir buminya di Kuantan, Pahang.

Dalam kenyataan menerusi Bursa Saham Australia hari ini, Lynas berkata, prosiding mahkamah telah difailkan terhadapnya, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

"Tindakan itu dilakukan oleh sekumpulan individu di tempat Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibina,” katanya.

Kumpulan itu mahu mendapatkan perintah mahkamah supaya menyemak semula keputusan AELB yang memberikan lesen operasi sementara ke atas kilang berkenaan.

Lynas mendakwa kilangnya selamat dan telah melalui ujian ketat alam sekitar dan kesihatan.

"Lynas sudah mematuhi dan akan terus mematuhi, semua syarat yang ditetapkan untuk pihak berkuasa kawal selia Kerajaan Malaysia berhubung LAMP itu,” katanya.

"Walaupun Lynas menghormati kepentingan masyarakat, ia tidak percaya bahawa terdapat asas untuk mengambil tindakan mahkamah itu.

"Lynas akan mengambil tindakan perlu bagi melindungi kepentingannya berhubung tindakan itu,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment