My Add

Sunday 12 February 2012

1Penjagaan masih di peringkat perbincangan

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, cadangan sistem 1Penjagaan kesihatan yang bertujuan menaik taraf dasar penjagaan kesihatan kebangsaan, masih lagi di peringkat perbincangan.

Justeru katanya, adalah terlalu awal bagi orang ramai membahaskan perkara tersebut.

"Ingin saya tegaskan bahawa ia baru di peringkat perbincangan sahaja. Kami pasti akan meluaskan perbincangan mengenainya sebanyak mungkin melibatkan orang ramai, pertubuhan bukan kerjaan dan ahli profesional.

"Kami belum pun membuat sebarang keputusan. Ia belum pun berada di peringkat membuat dasar. Terlalu awal membincangkannya sekarang," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa kerja 1Penjagaan telah diberi masa sehingga dua tahun bagi mengemukakan satu konsep dan baru sahaja mula mendapatkan maklum balas daripada badan-badan berkaitan.

"Kami masih ada sehingga penghujung 2013 untuk mencadangkan satu konsep, sekiranya orang ramai tidak menyukainya kami akan membatalkannya," tambah beliau.

Tiong Lai juga menafikan skim tersebut yang diwajibkan ke atas rakyat apabila dilaksanakan, menghendaki setiap pekerja menyumbang 10 peratus daripada gaji mereka.

Sementara itu, kejadian jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang berlaku di kawasan Batang Padang dan Hilir Perak di Perak adalah dalam kawalan serta tidak ada kes baru yang dilaporkan.

Beliau menafikan teori bahawa sebuah loji air berdekatan tercemar kerana hanya dua daerah itu sahaja yang terlibat dengan wabak berkenaan.

"Mungkin saluran bekalan air ke kedua-dua kawasan berkenaan sahaja yang tercemar. Kami masih menyiasat dan akan mengetahui hasilnya sedikit masa lagi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment