My Add

Thursday, 2 February 2012

47 penduduk terima geran kekal

Oleh AINSAFRE BIDIN

PASIR SALAK, RABU, 02  Februari, 2012: Seramai 47 penduduk Kampung Sungai Nyor di Kampung Gajah dekat sini hari ini menarik nafas lega apabila ditawarkan hak milik tanah kekal bagi rumah yang mereka duduki sejak 30 tahun lalu.

Surat tawaran Notis 5A hak milik tanah kepada mereka diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Dr. Wan Norashikin Wan Noordin di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Rubana di sini.

Seorang penduduk, Minisah Mohamad, 38, berkata, dia sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu menyelesaikan masalah hak milik tanah yang dihadapi oleh mereka.

“Setelah sekian lama tinggal di atas tanah milik kerajaan, saya sangat gembira kerana akhirnya ditawarkan untuk memiliki tanah tersebut.

“Terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Dr. Wan Norashikin yang mengambil berat masalah kami,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran tersebut.

Sementara itu Wan Norashikin berkata, pemberian surat tawaran itu menunjukkan kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan masalah tanah yang dihadapi rakyat.

“Penduduk telah meneroka tanah berkenaan sejak 30 tahun lalu dan kerana itu mereka sememangnya berhak memiliki tanah berkenaan.

“Sebelum ini, ada pihak tertentu cuba mengambil tanah tersebut daripada penduduk tetapi kerajaan negeri bertindak pantas untuk menghalangnya,” kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment