My Add

Friday 24 February 2012

Ada guru dipaksa derma RM50 untuk sekolah, dakwa NUTP

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini mendakwa sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Presidennya Hashim Adnan mendakwa, sehubungan itu wakil guru sekolah di Batu Pahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.

Pentabir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guru berkenaan untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.

"Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu,” dakwanya pada sidang media di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment