My Add

Saturday 4 February 2012

Adam Kadir tarik balik saman terhadap Azman Mokhtar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Bekas pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Berhad (PMB), Tan Sri Adam Kadir hari ini menyatakan beliau telah menarik balik semua tindakan undang-undang terhadap pengarah urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar dan syarikat berkaitan kerajaan itu. 

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, beliau berkata penarikan balik ituadalah sejajar dengan terma pengantaraan yang dikendalikan seorang hakim 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada 18 dan 23 Ogos 2011 iaitu 
bahawa bersempena bulan Ramadan, semua tindakan oleh pihak yang terlibat dengan pengantaraan itu perlu ditarik balik dengan serta-merta. 

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama hakim berkenaan. 

"Pada pengantaraan itu, Azman Mokhtar mewakili diri beliau sendiri, manakala 
Khazanah diwakili pengarah eksekutifnya Dr Nungsari Ahmad Radhi. 

"Pengantaraan itu diadakan selepas Azman Mokhtar memohon kerjasama seorang 
bekas menteri Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin pada perjumpaan mereka di premis 
pejabat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Adam. 

Beliau berkata antara terma yang dipersetujui ialah tiada pihak akan 
mengemukakan permohonan maaf kepada satu sama lain dan satu langkah penebusan akan dilaksanakan untuk beliau. 

Pada 22 Oktober 2010, Adam, 70, memfailkan tindakan undang-undang terhadap 
Menteri Kewangan dan kerajaan kerana melanggar kontrak pelantikan beliau sebagai pengerusi PMB dan memohon perisytiharan bahawa pemecatan beliau sebagai pengerusi bukan eksekutif syarikat itu adalah tidak sah dan terbatal. 

Beliau juga memfailkan satu saman terhadap Azman pad 4 Nov 2010 dengan 
mendakwa bahawa akibat campur tangan Azman secara tidak sah, kerajaan mengambil keputusan menamatkan kontraknya melalui dua pucuk surat bertarikh 23 dan 26 Mei 2008, yang ditandatangani menteri berkenaan. 

Khazanah adalah pemegang saham terbesar PMB. 

Pelantikan Adam sepatutnya berakhir pada 28 Februari 2009.


No comments:

Post a Comment