My Add

Monday 13 February 2012

FELDA tambah peruntukan RM200 juta baiki rumah peneroka

DUNGUN, AHAD, 12, Februri, 201: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah menambah peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai kemudahan pinjaman untuk golongan peneroka membina dan membaiki rumah kediaman mereka. 

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata had pinjaman yang dibenarkan untuk setiap peneroka adalah sebanyak RM40,000 dan sehingga ini sebanyak 5,000 daripada 10,000 permohonan pinjaman sudah diselesaikan.

"Pinjaman ini adalah antara kemudahan yang kita beri kepada golongan peneroka supaya dapat memiliki kediaman yang lebih selesa tanpa mengenakan sebarang faedah.

"FELDA sanggup menyediakan peruntukan yang besar untuk pinjaman ini kerana kita tidak mempunyai masalah aliran tunai berikutan peneroka akan membuat bayaran balik dalam tempoh yang telah kita tetapkan. 

"Bagaimanapun, jumlah pinjaman yang diberi adalah berbeza mengikut penilaian yang dilakukan bergantung kepada keadaan rumah yang ingin dibaiki," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Skim Insentif Tanam Semula di Pusat Latihan Kerteh 2 di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment