MANILA, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu dalam pilihan raya pada pembukaan kes pendakwaan di sini, hari ini.
Kes terhadap Arroyo difailkan panggantinya, Presiden Benigno Aquino III, yang berjanji untuk membanteras rasuah dan berkata, seorang pun tidak akan terlepas daripada keadilan.
Arroyo yang diiringi dengan kawalan keselamatan yang ketat menuju ke bilik perbicaraan di Manila dari sebuah hospital tentera di mana beliau ditahan ketika sedang dirawat bagi masalah tulang belakangnya.
Arroyo menjadi Presiden Filipina dari 2001 hingga 2010.
Pertuduhan terhadap beliau membabitkan pemilihan senator pada 2007, apabila dia dituduh memanipulasi keputusan untuk menyokong calon pilihannya.
Suaminya, Miguel Arroyo, berkata tuduhan terhadap isterinya adalah satu ketidakadilan. - AP
No comments:
Post a Comment