My Add

Friday 17 February 2012

Baja kahwin tambah buah kelapa sawit

MUAR, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Seorang pengusaha kebun kelapa sawit dari Parit Pechah, dekat sini bercadang mengkomersialkan baja yang dihasilkan daripada biji atau isi sawit yang mampu menyuburkan pokok dan menambahkan buah kelapa sawit.

Bajuri Tahir, 62, berkata, baja kahwin pokok sawit itu berpotensi digunakan secara meluas di kebun atau ladang-ladang kelapa sawit.

Menurutnya, baja baru itu merupakan campuran isi kelapa sawit dengan bunga kelapa sawit jantan, tepung kelapa sawit kasar dan sedikit baja campuran diproses bersama menjadi serbuk.

"Baja ini digunakan dengan dibancuh bersama air sebelum disembur ke bahagian akar pokok muda dan di bahagian buah. Hasilnya pokok akan subur dan buah kelapa sawit yang sebelum ini seberat 10 kilogram boleh mencecah sehingga 50 kilogram," katanya di sini semalam.

Katanya, baja baru itu telah digunakan di kebunnya sejak tiga bulan lalu dan terbukti berkesan.

Baja baru itu turut diakui keberkesanannya oleh Pejabat Pertanian daerah yang kini sedang bekerjasama dengan pihaknya termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam usaha mengkomersialkannya.

Bajuri berkata, penggunaan baja itu menjimatkan dan berkesan kerana perlu disembur dua kali sebulan.

Beliau bercadang menjualnya dengan harga RM20 sebungkus yang boleh disembur bagi 50 pokok kelapa sawit.

Bagi yang berminat mendapatkan baja baru itu boleh datang sendiri ke makmal Bajuri di Taman Molek, Parit Pechah, Parit Jawa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment