My Add

Thursday 2 February 2012

Beryukur nikmat tinggal di negara ini

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan para penari Kebudayaan Cina pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Daerah Bera di Triang, kelmarin.
BERA, KHAMIS, 02 Februari, 2012: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan setiap rakyat supaya bersyukur kerana Malaysia adalah satu-satunya negara yang memuliakan setiap perayaan daripada pelbagai kaum.

Baginda bertitah, jika dibandingkan dengan negara yang lain, pasti tidak ada seperti negara ini yang merayakan setiap perayaan kaum lain.

"Kita seharus bersyukur kerana setiap tahun kita boleh sambut Tahun Baru Cina, Thaipusam, Deepavali, Krismas dan Hari Raya Aidilfitri tanpa ada gangguan," titah baginda pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Bera di Padang Sekolah Menengah Triang di sini kelmarin.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Baginda bertitah, semua rakyat dapat menikmati kenikmatan itu kerana kemerdekaan yang dikecapi dapat dikongsi bersama.

"Kita sudah dapat rasai betapa hikmahnya kemerdekaan ini. Kita dapat rasai pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

"Sehingga hari ini, kerajaan tidak pernah putus dalam segala idea dan usaha untuk tentukan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di seluruh pelosok negara," titah baginda.

Tengku Abdullah berkata, rakyat seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin terdahulu kerana mempunyai visi begitu jauh untuk memajukan negara.

"Saya sentiasa mengingatkan setiap kaum di negeri ini akan sentiasa terbela. Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat memberi keutamaan kepada perpaduan kita semua," titah baginda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment