My Add

Thursday 23 February 2012

‘Geng 6 Jari’ guna hotel sebagai markas tumpas

Oleh ASSIM HASSAN

HULU LANGAT, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Tindakan sekumpulan penjenayah menjadikan sebuah hotel di Jalan Semenyih di sini sebagai markas operasi jenayah samun serta pecah rumah akhirnya terbongkar apabila polis menahan lima ahli kumpulan itu di hotel tersebut, baru-baru ini.

Kumpulan yang dikenali sebagai `Geng 6 Jari’ itu aktif melakukan jenayah samun bersenjata dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang dan dikatakan menggunakan hotel tersebut sebagai lokasi perbincangan mereka sebelum dan selepas melakukan jenayah.

Difahamkan, kumpulan ini digelar `Geng 6 Jari’ kerana ketuanya memiliki enam batang jari pada sebelah tangannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, dalam serbuan yang dilakukan pada 13 Februari lalu, kesemua suspek yang ditangkap termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 36 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment