My Add

Thursday 23 February 2012

MITI akan kaji, pinda semula Akta Penggalakan Pelaburan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mencadangkan untuk meminda atau mengkaji semula Akta Penggalakan Pelaburan (1986) bagi merangsang pembangunan pelaburan domestik, kata Ketua Setiausahanya Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria.

"Langkah itu adalah untuk membolehkan syarikat domestik yang telahpun beroperasi mengambil manfaat daripada insentif dan faedah. Tujuannya bukan untuk mengecewakan syarikat domestik tetapi memudahkan pertumbuhan dan transformasi,” katanya pada sidang akhbar mengenai Sokongan Kerajaan kepada Pelabur Domestik dan Asing, di sini, hari ini.

Beliau berkata, MITI juga bercadang mengkaji semula kriteria itu bagi membolehkan lebih banyak syarikat domestik mendapat manfaat daripada insentif berskala kecil dengan menaikkan had cukai keutamaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada RM500,000 kepada RM2.5 juta.

Selain daripada itu, MITI juga mencadangkan untuk melanjutkan Elaun Pelaburan Semula ke sektor perkhidmatan terpilih, katanya.

"Kami tidak berat sebelah dalam menyediakan sokongan. Pelabur adalah penting. Kami menyokong tanpa mengambil kira sama ada mereka pelabur domestik atau asing. Kami tidak mendiskriminasikan sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang menimbangkan cadangan oleh MITI itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment