My Add

Thursday 23 February 2012

Malaysia sentiasa terima permohonan ekstradisi

PUTRAJAYA, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia sentiasa menerima permintaan ekstradisi dari negara luar untuk menghantar penjenayah yang ditahan oleh polis atau imigresen bagi dihadap ke muka pengadilan di negara berkenaan.

"Hampir setiap bulan, malah dari Amerika yang membabitkan bukan warganya pun ada, tapi saya tidak boleh dedahkan dengan lebih terperinci maklumat risikan mengenainya,” katanya.

Menurutnya, selain dua individu yang dikehendaki negara Amerika itu, awal tahun ini juga menyaksikan Malaysia menahan dan menghantar pulang beberapa individu yang dikehendaki di Singapura.

Bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, beliau berkata, Malaysia sentiasa bertegas dalam perkara itu, bagi mengelak daripada dianggap sebagai tempat transit oleh penjenayah merentasi sempadan mahupun pengganas.

Beliau berkata, dasar Malaysia adalah jelas, ia tetap tidak akan membenarkan mana-mana pihak melihat Malaysia sebagai pangkalan atau tempat untuk merancang aktiviti jenayah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment