My Add

Monday 27 February 2012

Guan Eng perlu jawab isu tanah Bayan Mutiara: Teng

GEORGETOWN, ISNIN, 27 Februari, 2012: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, perlu menjawab sama ada penjualan tanah Bayan Mutiara dilakukan secara rundingan atau tender terbuka. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional Negeri (BN), Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata Guan Eng perlu menjawab soalan itu dan bukan memutarbelit atau menghidupkan isu itu untuk mengelirukan orang ramai.

"Jika kenyataan Lim menyatakan jualan tanah itu adalah melalui tender terbuka, kenapa pemaju memaklumkan Bursa Malaysia bahawa tanah itu diperolehi melalui rundingan dan bukan melalui tender terbuka seperti yang didakwa kerajaan.

"Sebagai ketua menteri, Lim perlu menjawab kepada soalan dengan pantas, supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar mengenai proses jualan tanah itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja BN di sini, hari ini. 

Dr Teng berkata, jika tanah itu dijual melalui tender terbuka, ia perlu mengikut prosedur ketat tender terbuka dan bukan meminta cadangan daripada pemaju terlebih dahulu. 

Katanya, Lim berhutang dengan rakyat Pulau Pinang satu penjelasan berhubung penjualan tanah utama itu kepada seorang pemaju. 

Bagaimanapun, jika kerajaan negeri mempunyai pegangan terhadap tanah itu, ia sudah pasti boleh menyediakan satu bentuk "sekatan dan imbangan" jika soal harga tanah persendirian dan hartanah naik.

Katanya, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) perlu bertanggungjawab memajukan tanah di Bayan Mutiara kerana tanah itu milik rakyat dan ia adalah tugas mereka memeuhi keperluan rakyat seperti menyediakan keperluan perumahan, peluang perniagaan dan prasarana kerajaan. 

Kontroversi Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion. 

Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment