My Add

Thursday 23 February 2012

Hanya 15% pelajar menengah Malaysia dalam TVET

PUTRAJAYA, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Malaysia, sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana, hanya mencatatkan 15 peratus kemasukan pelajar sekolah menengah dalam bidang Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET) berbanding China dengan kemasukan 40 peratus.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, laporan Bank Dunia baru-baru ini menyatakan bahawa Korea Selatan sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, mempunyai kira-kira 35 peratus pelajar menengah atas memasuki TVET.

"Terdapat anggapan di kalangan kebanyakan pendidikan tinggi hanya atau sekurang-kurangnya menerusi pendidikan universiti, menyebabkan pemikiran yang berat sebelah terhadap TVET.

"Minda yang menganggap TVET sebagai pendidikan kelas kedua atau ketiga, hendaklah diperbetulkan dan kementerian gigih menangani anggapan berat sebelah ini,” katanya semasa melancarkan Seminar Pendidikan Tinggi Bank Dunia Malaysia: Meletakkan Pendidikan Tinggi untuk Bekerja: Kemahiran dan Penyelidikan bagi Pertumbuhan di Asia Tenggara di sini hari ini.

Beliau berkata, TVET mempunyai beberapa kelebihan termasuk untuk mencorakkan kemahiran pekerja generasi akan datang dan menyediakan pelajar dengan kemahiran kebolehpekerjaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment