My Add

Thursday 23 February 2012

Perubahan pilihan raya bergantung kepada tarikh PRU13

LONDON, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Sejauh mana perubahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) sebahagian besarnya bergantung kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sementara perubahan telah dan sedang dilaksanakan, sesetengahnya mungkin tidak boleh digunakan dalam pilihan raya akan datang.

"Jika kita ada setahun lagi (untuk pilihan raya umum akan datang) maka ia mungkin boleh dibuat,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Datuk Zakaria Sulong bagi delegasi PSC yang berada di sini bagi mengkaji proses daftar pemilih di Eropah.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, yang merupakan anggota delegasi berkata, memandangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 yang tidak menentu, adalah baik jika semua langkah-langkah pembaharuan diterima pakai terlebih dahulu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang turut hadir berkata, memandangkan perubahan itu adalah penting, perkara yang lebih penting adalah bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai mengenai sistem pilihan raya Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment