My Add

Monday 27 February 2012

Isu NFC: Polis hanya buat ”cadangan siasatan” untuk AG

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: National Feedlot Corporation (NFC) tidak perlu melatah dengan cadangan awal polis agar pengerusi syarikat itu didakwa dengan pertuduhan pecah amanah kerana ia hanyalah satu cadangan siasatan daripada polis untuk Jabatan Peguam Negara (AG).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, siasatan itu hanyalah cadangan untuk rujukan Peguam Negara bagi membuat sebarang keputusan terhadap dakwaan pecah amanah itu, sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang atau tidak.

"Kalau mereka (NFC) tak puas hati, itu terpulang kepada dia. Kita tetap jalankan tugas kita, kalau tidak, buat apa kita siasat?” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

NFC menerusi satu kenyataan semalam melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Syed Ismail sebelum ini supaya pengerusi syarikat itu, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT) kerana menyifatkan kenyataan itu sebagai terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

Syed Azizan berkata, memang menjadi tugas polis untuk menyatakan beberapa cadangan dalam setiap kertas siasatan yang akan dihantar ke Peguam Negara.

"Apa-apa pun terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat sebarang keputusan terbaik,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment