My Add

Monday 27 February 2012

MIC gembira pelajar kaum India di kolej matrikulasi ditambah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: MIC menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai penambahan kuota pelajar daripada masyarakat India bagi mengikuti kursus di Kolej Matrikulasi milik kerajaan.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan berkata, ia membuktikan kerajaan prihatin dan tidak mengabaikan kebajikan masyarakat India yang merupakan kaum minoriti di negara ini.

"Masyarakat India sememangnya menyambut baik perkara tersebut kerana sebelum ini selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan ibu bapa bimbang sama ada anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran.

"Dengan pengumuman ini masalah tersebut dapat diatasi dan ia merupakan tindakan positif yang memberi ruang kepada pelajar India untuk mendapat tempat bagi menyambung pengajian mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada sambutan Pesta Ponggal di Kapar, Klang semalam, berkata, jumlah pelajar India di kolej matrikulasi di negara ini akan ditingkatkan daripada 559 sekarang kepada lebih 1,500 pada sesi 2012/2013. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment