My Add

Monday 27 February 2012

Jumlah kes denggi membimbangkan: Liow

BENTONG, ISNIN, 27 Februari, 2012: Kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara ketika ini dianggap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata, pada minggu lalu sahaja sebanyak 580 kes dilaporkan berbanding 400 kes pada minggu sebelumnya.

"Kes denggi dilaporkan berlaku di kawasan taman perumahan dan bandar-bandar.
"Justeru itu kita berharap program komunikasi untuk perubahan tingkah laku dipertingkatkan di kawasan Rukun Tetangga dan taman perumahan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Baru Cina Ketari di sini hari ini. 

Dalam kejadian 3.55 petang Rabu lalu, 120 orang daripada 26 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Baru Cina Ketari dekat Bentong musnah terbakar. 

Turut hadir, pada majlis penyerahan bantuan itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. 

Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong, berkata jumlah kes denggi tahun lalu berkurangan kepada 27,000 kes berbanding 46,000 kes pada 2010. 
"Kita meminta orang ramai bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran untuk menghapus nyamuk Aedes yang membawa denggi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment