My Add

Monday 27 February 2012

Projek seragam harga diperluas ke lebih 1,000 kawasan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: Projek Penyeragaman Harga (PPH) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meliputi 1,022 kawasan di seluruh negara tahun ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Saripuddin Kasim berkata, daripada jumlah itu, 624 adalah kawasan sambungan projek sebelum ini, manakala 398 lagi merupakan kawasan baru.

"Dengan pertambahan kawasan maka lebih ramai penduduk luar bandar dapat menikmati harga barangan bersubsidi pada harga yang sama seperti pengguna di bandar,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Saripuddin berkata, Sarawak merupakan negeri yang paling banyak mempunyai kawasan PPH iaitu 485 diikuti Sabah dengan 460 kerana kedua-dua negeri tersebut mempunyai muka bumi yang luas.

Katanya, selain Sarawak dan Sabah, negeri lain di Semenanjung yang turut terpilih untuk pelaksanaan PPH ialah Kedah, Kelantan, Perak, Pahang serta Terengganu.

Saripuddin berkata, program tersebut telah berjalan dengan lancar serta memberi impak yang amat besar kepada penduduk di kawasan pedalaman. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment