My Add

Friday 17 February 2012

wanita tertua di Perlis

KANGAR, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Warga emas, Puan Ahmad yang kad pengenalannya mencatatkan tarikh lahirnya pada 1996, disahkan berusia 116 tahun sekali gus menjadikannya wanita tertua di Perlis.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu selepas dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis sewaktu mengunjungi warga emas berkenaan di rumahnya di Kampung Padang Keria, Sanglang di sini hari ini.

Menurutnya, ia berdasarkan semakan JPN ke atas rekod ketika Puan mengemukakan permohonan membuat kad pengenalan dahulu yang tertera tarikh lahirnya pada 1896 dan bukan 1996 sehingga menyebabkan kekeliruan berlaku.

Akhbar Utusan Malaysia semalam melaporkan bagaimana peristiwa jatuh sakit selepas menyambut Aidilfitri pada tahun lalu telah membongkar rahsia seorang warga emas yang berusia lebih 90 tahun tetapi masih menjadi ‘belasan tahun’ berdasarkan nombor kad pengenalannya.

Kesilapan teknikal dalam MyKad Puan disedari cucunya, Siti Noratikah Mohd. Usof, 21, semasa membawa neneknya itu ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan sehingga ia menimbulkan tanda tanya kerani di klinik tersebut ketika merekodkan pendaftaran pesakit.

Dalam nombor kad pengenalan Puan Ahmad tertulis 960412-02-0058* yang jelas menunjukkan dia kini berusia 15 tahun dan akan menyambut hari lahir ke-16 pada 12 April ini.

Disebabkan kesilapan tersebut, Puan menghadapi pelbagai masalah dengan yang terbaru gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). - UTUSAN


No comments:

Post a Comment