My Add

Thursday 9 February 2012

Kejadian aneh selepas nahas, kerajaan negeri sedia bantu

BESUT, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Kerajaan Negeri Terengganu sedia membantu Noraini Ismail, 17, gadis yang dikatakan berupaya bertutur dalam pelbagai bahasa asing setelah terlibat dalam kemalangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A Rahman Mokhtar berkata, kerajaan negeri sedia membawa pelajar Tingkatan Lima jurusan Pendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah itu berjumpa pakar jika dipersetujui keluarganya.

"Apa yang terjadi kepada Noraini merupakan perkara yang jarang berlaku, oleh itu ia patut diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang itu,” katanya ketika melawat Noraini di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini.

Dalam kejadian 10 Januari lalu, Noraini yang terbabit dalam kemalangan telah koma selama 11 jam dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan dibenarkan pulang ke rumah tiga hari kemudian.

Pelajar itu sekali lagi dikejarkan ke HUSM pada hari kelima selepas kemalangan setelah tidak mampu bercakap dan mengadu sakit kepala. Semasa rawatan kali kedua itu Noraini tiba-tiba boleh bertutur bahasa asing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment