My Add

Saturday 4 February 2012

Makan cili, terasa pedasnya.

SABTU, 04 Februari, 2012
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memang berhasrat untuk berundur daripada politik, tetapi terhalang dek ditolak oleh Pas Kelantan.

Dalam bahasa mudah, Mursyidul Am Pas itu, pernah terlintas dihatinya untuk berbuat demikian, namun apakan daya orang tak beri... sampai kena sergah (saaya petik kata-kata Nik Aziz sendiri).

Dengan kata lain, ini bererti betapa sayangnya dan kasih sungguh barisan kepimpinan Pas Kelantan kepada ketuanya.

Sepatah kata Nik Nik Aziz, seperti yang dilaporkan media: "Inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini,"

Tetapi mengapa secara tiba-tiba sahaja Nik Aziz menyentuh perkara itu?

Mungkin jangkaan saya salah atau tidak tepat. Barangkali beliau terasa kurang selesa selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi menyatakan tempoh hari, beliau tidak mahu bertanding lagi pada PRU ke-13.

Namun begitu, Hadi tidak pula menyatakan secara jelas sama ada beliau akan berundur terus daripada tampok kepimpinan Pas, sekadar berkata beliau mahu memneri peluang kepada pelapis mencorak Pas.

Nik Aziz pula berkata, kenyataan Hadi "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi Pas itu.

Pun begitu, saya yakin setidak-tidaknya kenyataan Hadi menyedarkan Nik Aziz
yang agak lama duduk di atas singghsana kepimpinan parti dan kerajaan.

Kenyataan Hadi juga bagaikan satu sindiran 'halus' apabila belaiu dipetik sebagai berkata...ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun, "walapun rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat termasuk, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh berada dalam parti untuk jangka masa yang lama..." 

Tuan Guru, makan cili, tersa pedasnya...!

No comments:

Post a Comment