My Add

Thursday 23 February 2012

Vincent Tan umum bersara dari Berjaya Corporation

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Berjaya Corporation Bhd. (B-Corp) mengumumkan hari ini bahawa pengasas dan pemegang saham penguasaannya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah mengambil keputusan untuk bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies.

Susulan itu, Vincent juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi B-Corp setelah menyerahkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching, pada Januari tahun lepas.

"Buat sementara waktu ini, Robin akan memegang jawatan Pengerusi dan CEO B-Corp secara serentak, berkuatkuasa serta merta, sementara Lembaga Pengarah mengenal pasti dan memilih calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Pengerusi,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment