My Add

Monday 27 February 2012

MB nafi ada Exco boikot mesyuarat

ALOR SETAR, AHAD, 26 Februari, 2012: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan bahawa lima ahli Exco Pas Kedah telah memboikot mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Pas Kedah di Kota Sarang Semut, semalam.

Azizan menjelaskan, mesyuarat yang dipengerusikannya semalam adalah Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Negeri Kedah dan bukan semua Exco perlu terlibat dengan mesyuarat tersebut.

“Semalam saya pi (pergi) mesyuarat, siapa kata Exco tak mai (datang). Orang cerita lain habaq (beritahu) lain. Itu pasal strategi pilihan raya.

“Bukan semua orang datang. Saya tak tau la, rajin sangat tulis berita ni. Orang marah, hangpa kata orang marah,” katanya kepada pemberita di Wisma PKNK di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan dua akhbar hari ini mengenai lima ahli exco Pas Kedah yang memboikot mesyuarat khas tertutup parti itu yang diadakan semalam.

Lima Exco terbabit ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Ismail Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amiruddin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalid dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Dua Exco yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul.

Menurut Azizan, di Kedah ada pelbagai mesyuarat antaranya mesyuarat perhubungan yang melibatkan semua ketua bahagian, ketua kawasan, ketua setiausaha dan semua ahli wakil rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment