My Add

Sunday 26 February 2012

Muat naik aplikasi Mydistress, terima bantuan polis segera

Oleh RASMI ABDULLAH

KUALA LANGAT, SABTU, 25 Februari, 2012: Orang ramai dinasihatkan agar memuat naik aplikasi ‘Mydistress’ bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan segera polis sekiranya berhadapan situasi kecemasan.

Ini kerana menerusi aplikasi itu membolehkan mereka melaporkan kejadian jenayah dengan hanya menekan satu butang di telefon bimbit pintar mereka.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, sehubungan itu, polis akan dapat bertindak segera sebaik sahaja maklumat diterima.

“Polis juga boleh mengetahui lokasi pengadu. Ia membolehkan pihak kami bertindak segera bagi membanteras kegiatan jenayah,” katanya selepas menghadiri program High Profile Policing di sini hari ini.

Tambah Thaiveegan, orang ramai boleh memuat turun aplikasi telefon bimbit pintar berkenaan yang boleh didapati di laman web beralamat http://mydistress.com.

Mengulas mengenai program diadakan itu, beliau berkata, ia mampu mengeratkan hubungan antara polis dan orang awam khususnya ketua-ketua masyarakat di daerah berkenaan.

“Kami mahu masyarakat lebih yakin dengan polis dan tidak perlu gusar kerana setiap kejadian jenayah akan ditangani secara profesional,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Nordin Manan berkata, pihaknya menubuhkan sebuah pasukan untuk mengesan dua perompak yang meloloskan diri dalam kejadian di Jalan Tali Air, pekan Banting, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan itu yang dianggotai seramai 20 anggota ditugaskan mencari dan menjejak mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment