My Add

Thursday 16 February 2012

Pas sedia hilang kuasa pentadbiran di Kedah

ALOR SETAR, RABU, 15 Februari, 2012: Pas Kedah sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sudah menjadi lumrah dalam politik ada pihak yang akan menang dan kalah kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan rakyat membuat pilihan kerajaan masing-masing.

“Kalau rakyat sokong kita, kita duduklah bertugas lagi sebagai kerajaan. Kalau rakyat tidak mahu kita selepas usaha macam-macam, mereka tidak mahu juga, apa boleh buat.

“Kita sedia sebarang kemungkinan, ini biasalah. Kamu pergi perang ingat boleh menang selalu ke?,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kedah semalam bahawa negeri ini merupakan negeri yang boleh dimenangi BN jika pemimpin-pemimpin peringkat negeri mampu menyelesaikan masalah dalaman dan bekerja dengan lebih keras.

Kata Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kedah kini semakin menyedari kelemahan kerajaan negeri yang diterajui Pas yang tidak berupaya meneruskan pembangunan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Azizan yang juga Menteri Besar berkata, sudah menjadi lumrah dalam politik jika sesebuah parti itu mempunyai masalah dalaman tetapi mendakwa tiada masalah yang besar berlaku dalam pakatan pembangkang di negeri ini. UTUSAN

No comments:

Post a Comment