My Add

Saturday 11 February 2012

Pegawai kanan polis turun padang program walkabout

TUN Hisan Tun Hamzah (berdiri, dua dari kanan) beramah mesra dengan orang awam semasa program walkabout di Damansara, dekat Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, SABTU, 11 Februari, 2012: Polis Selangor mencatat sejarah tersendiri apabila semua pegawai kanannya di peringkat balai, daerah dan kontinjen telah turun padang untuk menghadiri programwalkabout diadakan pasukan itu di sekitar Damansara malam semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua pegawainya telah diminta bersama-sama masyarakat di dalam program berkenaan dengan memakai uniform.

Katanya, program itu sebahagian daripada program komuniti kepolisan yang telah diadakan sebelum ini bagi mendapatkan maklum balas daripada masyarakat tentang isu-isu keselamatan.

"Untuk mendekati masyarakat kami tidak perlu memanggil orang ramai ke balai sebaliknya pegawai serta anggota sendiri akan bertemu mereka.

"Kami juga akan bersama-sama masyarakat dengan memakai uniform bagi menunjukkan bahawa sifat mesra yang membolehkan mereka berkongsi rasa selamat dengan polis," katanya.

Beliau berkata demikian pada program walkabout itu yang turut dihadiri oleh Timbalannya, Datuk A. Thaivegan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah.

Tambah Tun Hisan, kadar jenayah di Damansara mengalami penurunan sebanyak 3.9 peratus jika dibanding tempoh yang sama sepanjang Januari tahun lalu.

"Kebanyakan jenayah di sini adalah berkaitan dengan kejadian curi motosikal di kawasan penempatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment